Duhai sahabat sekalian. kadangkala kita keletihan menentang nafsunya ,
tiap kali taubat dipasak dihatinya dia terus terjunam
ke lembah yang sama.. Biarlah kata-kata Imam Al-Ghazali
ini terus menjadi obor buat kita bersama... "Jikalau kamu
bertaubat , kemudian kamu ulangi maksiat yang sama
buat kali kedua maka segeralah bertaubat dan katakanlah
pada dirimu: Mungkin aku akan mati sebelum aku
melakukan kesalahan yang sama
(biarlah bertemu Allah dalam keadaan bertaubat).
Begitulah jika mengulanginya buat kali yang seterusnya."
Memang menjadi fitrah kepada diri setiap daripada kita sebagai
manusia, imannya sentiasa berubah-ubah... tidak tetap...
sekejap menaik dan sekejap menurun.... tidak sama seperti para
malaikat, para anbiya' mahupun syaitan durjana.... oleh sebab itulah
manusia sentiasa berubah dan perubahan itu mungkin sama ada ke
kiri atau ke kanan...
Sekiranya kita sekuntum bunga, jadi kita sekarang sebagai para
remaja sudah pasti merupakan tunasnya... kita mesti menghargai
setiap saat kehidupan kita tanpa sebarang penyesalan...
kerana siapa kita pada hari ini menunjukkan siapa kita pada
masa hadapan...
Kita pasti tidak mahu mengatakan sesuatu seperti "aku nak
kembali ke masa lepas untuk memperbetulkan segala-galanya"
kerana ia merupakan sesuatu yang mustahil... kita kene
menerima siapa kita sekarang dan teruskan kehidupan kita...
kerana masa lampau dan masa hadapan bukan milik kita...
masa sekarang la milik kita.... sebab itu la perubahan perlu
dilakukan sekarang... tidak ada istilah "nanti" atau "lek lu"...
Terkadang ada insan yang mengatakan kenapa aku??? kenapa
bukan dia??? jawapannya mudah sahaja... TAKDIR... ianya
tidak boleh diungkap dengan kata-kata... oleh itu, kita tidak
boleh lari daripadanya... kita mesti menghadapinya... itu la yang
kita akan lakukan... mesti! sentiasa!
Kenapa takut untuk berjuang... apa salahnya sekiranya kita
jatuh... jika kita jatuh kita boleh sentiasa bangun semula kan...
memang dalam perjuangan untuk berubah kadang kala kita akan
tersungkur... tapi itu tidak bermaksud kita kalah... jangan
mengaku kalah sebelum bertarung... pengorbanan itu perlu dan
ia pasti akan dibalas oleh sesuatu yang lebih bernilai...
ikhlas! itu kuncinya...
No comments:
Post a Comment