Melupakan kekasih lama tidaklah semudah menghantar folder ke recycle bin Delete begitu sahaja.hubungan kasih sayang cinta mesra sewaktu ketika dahulu sukar dilupakan .cinta yg berkualiti dari lelaki memang sukar nk dapat dengan yang baru dan perasaan terkenang kenang dan merindui pedih di dalam hati sering membuat kita tanpa sedar mengugur air mata,Betapa kerasnya hati kita,betapa brutalnya jiwa kita untuk menahan sebak jiwa kita untuk menahan sebak jiwang rasa ia memerlukan ketahanan jiwa untuk sembuh secepat mungkin,, ahh lupakan yang lama bina yg baru tak semudah di kata, jujurnya perasaan sayang tentu ada..
emm baiklah bagaimana agaknya kita mahu melupakan kekasih lama,bekas suami,bekas isteri,bekas tunang,bekas kawan baik yang dulu kita cukup sayang.??
5 cara menghadapi putus cinta
(1) Dapatkan seseorang- Anda perlu ingat bahawa bukan seorang sahaja yang wujud didalam kehidupan anda. Setiap manusia mempunyai kumpulan atau komuniti yang tersendiri. Dekatkan diri anda bersama mereka, ini adalah untuk mengelakkan daripada anda mengingati kenangan silam. Seorang yang sedang putus cinta juga biasa berada didalam keadaan yang tidak stabil dan cuba elakkan daripada duduk berseorangan.
(2) Buang atau sorokkan sesuatu yang boleh membuatkan anda mengingati mereka kembali- Pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa elemen objek atau tempat mampu mempengaruhi seseorang untuk mengingati kembali kenangan mereka. Sekiranya anda sedang menghadapi masalah putus cinta, sebaiknya cuba elakkan daripada terus menyimpan barangan atau pergi ke tempat yang berkaitan dengan bekas pasangan.
(3) Jangan terus melayan perasaan- Ini adalah kesalahan yang paling sering dilakukan oleh seseorang yang sedang putus cinta. Suatu kesedihan harus dilawan walaupun ia amat sukar. Sekiranya anda membiarkan diri anda terus dipengaruhi dengan perasaan sedih, risiko untuk anda melakukan sesuatu kerja yang tidak masuk akal adalah amat tinggi. Sebagai contoh, ketika anda sedih, tidak perlu anda mendengar lagu-lagu sedih untuk terus melayan perasaan anda.
(4) Dekatkan diri dengan agama- Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa mereka. Ia juga dapat membantu anda untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Tetapi bukan anda perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali anda bernafas.
(5) Buka buku kehidupan yang baru- Anda juga perlu memandang sekiranya anda putus cinta dari sudut yang positif. Ini adalah merupakan peluang terbaik untuk anda menumpukan seratus peratus hanya pada diri anda sahaja. Cuba capai matlamat yang mungkin sebelum ini masih tidak tercapai atau cuba lakukan matlamat yang baru. Putus cinta bukan bermakna penghujung untuk kehidupan anda.
bersama ini saya kepilkan DOA untuk kite sama sama berdoa kepadanya,,
sila klik dibawah..lillahi taala..
Doa Putus Cinta
untuk rujukan tips2 berdoa dengan lebih teliti sila klik disini
Kita sama sama renungkan,,sila like dan share.. tme kasih..,,really appreciate ..MY VOICE
No comments:
Post a Comment