Total Pageviews

Friday, 30 March 2012

cara mudah tingkatkan trafik blog (mesti cuba!)


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat readers yang budiman..
hari ni aku nak share cara mudah untuk tingkatkan trafik blog hangpa..memang sangat mudah..cuma 2 step diperlukan =)


1. buat entry sebengini rupa (tajuk tu penting =p)
2. promote atau ping entry nih kat mana-mana lah (facebook, tweeter, busuk.org, rakanblog.com &lain-lain)
mudah sangat kan..cuba lah..insya'Allah trafik anda akan meningkat..tapi untuk entry ni jela =p
nota pelipat lutut ::
1.trick nih lebih suci daripada mengeluarkan entry lucah dengan memaparkan gambaq-gambaq seksi dan terlampau untuk meningkatkan traffic blog..btoi dak?

Saturday, 17 March 2012

Sudah jauhkah aku dari segala kekufuran??? Sudah hijrahkah aku menuju pada kebaikan?

Sudah jauhkah aku dari segala kekufuran???Sudah hijrahkah aku menuju pada kebaikan? 


Sedangkan saat ini aku masih sering menunda-nunda solatku, menunda-nunda zikirku padamu, menunda-nunda solat malamku dan semua ibadahku kerana lebih mementingkan pekerjaanku, mementingkan media tv, dunia internet, membaca komik2, melepak,pergi jalan-jalan, beranjak tidur,begitu banyaknya aku terdedah kepada sosial duniawi dan hal-hal lain yang tidak penting ini… 
Andai bersedekah masih selalu ada yang timbul memberatkan dalam hati, masih selalu saja ada rasa sifat itu  kepada sang penerima sedekah. Dan juga masih terlalu sedikit sedekahku itu seperti setitik garam dilautan… masih selalu saja kuhitung rezekiku, padahal rezekiku itu sekecil apapun sudah Engkau tetapkan untuk ku… 


Bacaan Al Qur’an ku? 
Masih lebih banyak aku membaca majalah atau membaca buku dari pada membaca Kalam-Mu. 


berzikir kepadamu? 
Masih sering kudapati ketidak ikhlasan dalam hati saat menyebut dan mengingatimu


sembahyangku? 
Masih saja belum kudapatkan kuhampiri saat saat bersama-Mu itu… 


Dan sampai hari ini, masih belum juga dapat kusenangi hati kedua orang tuaku dengan masih banyak kubebani mereka dalam kewajiban mereka terhadapku. 


Ya Allah KAU ciptakan  aku, dengan penuh kemuliaan, tetapi setelah ku tercipta, ku jalani hidupku dengan penuh kehinaan 


Ya Allah aku memang tidak semulia seperti pada saat Engkau ciptakan aku, Aku mohon pada-MU berilah selalu aku kekuatan agar aku dapat terus berusaha untuk mendapatkan kemuliaan itu kembali dihadapan-MU saat nanti di akhir hidupku. 


Ya Allah berilah aku kesempatan untuk memperbaiki diriku ini dan lebih dapat mendekatkan diriku pada-MU, 
Aku sering mengucapkan bahwa KAU-lah satu-satunya tuhan yg aku sembah, tetapi dalam hidupku seharian KAU sering ku tinggalkan, kulupakan bahkan  aku terlalu mencintai duniawi yg kotor ini..


Astaghfirullahalladziim… 


Ya Allah,ya tuhanku,janganlah KAU tarik hidayah-MU ,emgkau kuatkanlah imanku, supaya aku dapt kembali ke jalan asalmu.... aku sering melupakanmu tetapi engkau masih memberi aku peluang  nikmat kehidupan kepadaku supaya aku kembali  pada agamaku.......





Ya Rahman Ya Rahim… 
Limpahi kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan jauhkan kami dari api neraka.


Ya Dzaljalali wal ikram… 
Terbitkan bagi kami matahari kebahagiaan yang tiada pernah terbenam hingga kami menghadap Mu kelak di yaumal qiyamah. 


Amin Ya Rabbal ‘Alamiin  

Thursday, 8 March 2012

DUHAI SAHABAT


Duhai sahabat sekalian. kadangkala kita keletihan menentang nafsunya , 
tiap kali taubat dipasak dihatinya dia terus terjunam 
ke lembah yang sama.. Biarlah kata-kata Imam Al-Ghazali 
ini terus menjadi obor buat kita bersama... "Jikalau kamu 
bertaubat , kemudian kamu ulangi maksiat yang sama 
buat kali kedua maka segeralah bertaubat dan katakanlah 
pada dirimu: Mungkin aku akan mati sebelum aku
 melakukan kesalahan yang sama 
(biarlah bertemu Allah dalam keadaan bertaubat). 
Begitulah jika mengulanginya buat kali yang seterusnya."




Memang menjadi fitrah kepada diri setiap daripada kita sebagai
manusia, imannya sentiasa berubah-ubah... tidak tetap...
sekejap menaik dan sekejap menurun.... tidak sama seperti para
 malaikat, para anbiya' mahupun syaitan durjana.... oleh sebab itulah
manusia sentiasa berubah dan perubahan itu mungkin sama ada ke
kiri atau ke kanan... 


Sekiranya kita sekuntum bunga, jadi kita sekarang sebagai para
remaja sudah pasti merupakan tunasnya... kita mesti menghargai
setiap saat kehidupan kita tanpa sebarang penyesalan...
kerana siapa kita pada hari ini menunjukkan siapa kita pada
masa hadapan...


Kita pasti tidak mahu mengatakan sesuatu seperti "aku nak
kembali ke masa lepas untuk memperbetulkan segala-galanya"
kerana ia merupakan sesuatu yang mustahil... kita kene
menerima siapa kita sekarang dan teruskan kehidupan kita...
kerana masa lampau dan masa hadapan bukan milik kita...
masa sekarang la milik kita.... sebab itu la perubahan perlu
dilakukan sekarang... tidak ada istilah "nanti" atau "lek lu"...


Terkadang ada insan yang mengatakan kenapa aku??? kenapa
bukan dia??? jawapannya mudah sahaja... TAKDIR... ianya
tidak boleh diungkap dengan kata-kata... oleh itu, kita tidak
boleh lari daripadanya... kita mesti menghadapinya... itu la yang
kita akan lakukan... mesti! sentiasa!


Kenapa takut untuk berjuang... apa salahnya sekiranya kita
jatuh... jika kita jatuh kita boleh sentiasa bangun semula kan...
 memang dalam perjuangan untuk berubah kadang kala kita akan
 tersungkur... tapi itu tidak bermaksud kita kalah...  jangan
mengaku kalah sebelum bertarung...  pengorbanan itu perlu dan
 ia pasti akan dibalas oleh sesuatu yang lebih bernilai...
ikhlas! itu kuncinya...